Bergaya dengan fesyen terkini adalah adalah satu kebiasaan apabila kita mengambil gambar OOTD untuk dimuatnaik ke Instagram. Akan tetapi, gambar yang baik tidak semestinya bergantung kepada apa yang kita pakai. Sekiranya kita mahukan OOTD yang mampu mencuri perhatian rakan-rakan, kita HANYA memerlukan sebuah smartphone yang bagus, bukannya almari yang penuh dengan baju-baju. Dan sesungguhnya HUAWEI nova 5T serba baharu adalah smartphone yang WAJIB anda miliki untuk gambar OOTD sempurna.
Untuk membuktikan apa yang Abang Nara katakan di atas bukan sekadar “sembang kosong”, mari kita lihat beberapa gambar OOTD yang diambil menggunakan HUAWEI nova 5T. Confirm korang akan terkedu, terpesona dan teruja!!!
Power kan? Ha, mesti anda nak tahu bagaimana HUAWEI nova 5T ini boleh menghasilkan gambar OOTD sehebat ini kan? Ini rahsianya:-
Kamera bertaraf professional
Hadir dengan 5AI kamera, HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan kamera utama 48MP dan 32MP kamera ‘selfie’. Pelbagai jenis gambar boleh diambil menggunakan smartphone ini kerana pelbagai “mode” tersedia di dalamnya menjadikan kita seperti seorang jurugambar professional. Walaupun apabila sumber cahaya kurang, HUAWEI nova 5t menjanjikan bidikan gambar sempurna untuk para penggunanya. Meh kita tengok contoh-contohnya:-
1. Ultra-Wide Angle
2. AIS Super Night Mode
3. Selfie
4. Gambar makanan
5. Gambar potret
Untuk makluman, HUAWEI nova 5T mempunyai 5 AI kamera yang membolehkan anda mendapat gambar-gambar awesome seperti di atas iaitu:-
-
Kamera utama 48MP
Mempunyai sensor ½ inci, kamera utama sebesar 48MP HUAWEI nova 5T ini akan memberikan anda keyakinan untuk mengambil gambar seperti seorang professional. Menggunakan teknologi AI untuk pilihan Super Night Mode, anda pasti akan kagum dengan kualiti gambar waktu malam walaupun berada di dalam keadaan kekurangan cahaya. Perfect sangat-sangat.
-
Kamera Ultra-wide 16MP
Kamera f/2.2 ultra-wide HUAWEI Nova 5t ini membolehkan anda mengabadikan keindahan alam semulajadi, bangunan-bangunan gah dan detik bersama kawan dengan lebih meluas dan mengkagumkan.
-
Kamera macro 2MP
Lensa kamera macro ini membolehkan anda mengambil gambar “close up” sehingga 4cm daripada objek yang diingini. Setakat titisan air hujan, semut atau pokok bunga memang tak ada masalah. Memang akan nampak jelas macam Kristal.
-
Kamera depth 2MP
Dengan kehadiran kamera depth 2MP ini, anda boleh menyerlahkan lagi subjek/objek gambar anda sekaligus membolehkan anda mengambil gambar potret yang cun melecun. Memang sesuai sangat untuk mereka yang suka ber”OOTD”.
-
Kamera “selfie” 32MP
Terletak di dalam skrin HUAWEI nova 5T tanpa mencacatkan rekaannya, kamera selfie 32MP menggunakan teknologi AI untuk menonjolkan kecantikan dan keunikan wajah anda. Ia turut mempunyai gabungan pixel 4 dalam 1 untuk mencipta selfie yang lebih terang dan jelas. Teknologi AI itu turut sama mengimbangkan exposure dan backlight secara automatik untuk memudahkan anda mengambil selfie.
Ha, baru cerita pasal kamera dah gila power kan? Meh sini Abang Nara cerita pasal beberapa ciri lain HUAWEI Nova 5T yang akan membuatkan OOTD anda lebih menarik dan memikat.
Rekaan Yang Menarik Dengan Pilihan
Warna Awesome
Dengan bahagian badannya berwarna gradient, rekaan logo yang minimalist, pengesan jari di bahagian sisi untuk “unlock” dan kehadiran “in-screen camera”, HUAWEI Nova 5T hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Midsummer Purple, Crush Blue and Black pasti akan membuatkan orang ramai menumpukan perhatian kepada anda apabila mengambil gambar OOTD. Memang ia akan menjadi “perfect match” untuk apa jua fesyen yang anda gayakan.
Bateri besar gila
Dengan bateri 3,750mAH di dalamnya, anda tidak perlu membazir masa mengecas telefon selang 2,3 jam seperti smartphone-smartphone lain. Sekali cas dah boleh untuk sepanjang hari. Lagi best, sistem pengecasan 22.5W HUAWEI SuperCharge yang digunakan membolehkan bateri dicas 50% dalam masa 30 minit sahaja. Terbaik bukan?
Main games pun puas hati
Dikuasakan dengan GPU Turbo 3.0, HUAWEI nova 5t menjanjikan pengalaman bermain games yang lancar tanpa sebarang sekatan. Lagi best kita boleh main secara “high definition” tanpa perlu risau kehabisan bateri. Selain itu turut disediakan “Do Not Disturb Mode” agar kita tidak diganggu dengan panggilan telefon semasa sedang syok bermain PUBG.
Pengalaman EMUI 9.1 Yang
Mengujakan
Last but not least, HUAWEI Nova 5t ini menggunakan sistem Android 9.0 dengan EMUI 9.1 yang paling baru dan canggih. Anda boleh mencipta “incoming caller ringtone” anda sendiri, menatap gambar yang dipilih menerusi fungsi “Spotlight Reel” dan menjadi kreatif dengan Qmoji.
Pre-order sekarang & dapatkan
hadiah PERCUMA
Dengan hanya RM1,599, anda boleh menjadi pemilik HUAWEI nova 5T yang pasti akan membuatkan rakan-rakan cemburu dengan kehebatan gambar OOTD di Instagram anda. Lagi best, jika anda melakukan pre-order sehingga 5 September ini, hadiah PERCUMA iaitu HUAWEI Mini Speaker (2 unit) dan HUAWEI SuperCharge Car Charge akan turut sama menjadi milik anda. Hadiah-hadiah ini hanya akan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan secara online di https://nova5tpreorder.3ex.com.my/
Untuk makluman, pre-order untuk HUAWEI MediaPad M5 Lite 10 telah pun sold out. Namun jangan risau kerana ia bakal dibuka kembali pada 7 September ini. Jadi anda boleh dapat gadjet ini pada harga RM1,299 sahaja. Ada hadiah PERCUMA bernilai RM268 iaitu HUAWEI M-Pen Lite & HUAWEI Mini Speaker sekiranya anda membuat pembelian. Nasihat Abang Nara, beli je kedua-dua nie terus. Senang setel tak payah beli gadjet lain dah.
Untuk makluman, harga promosi ini juga boleh didapati menerusi program Level-Up yang bakal bermula 7 September hingga 30 September di kesemua cawangan HUAWEI seluruh Malaysia. Maklumat lanjut tentang program Level-Up ini boleh dibaca di SINI
Jadi tunggu apa lagi? Sempurnakan OOTD anda hari ini juga dengan HUAWEI nova 5T. Maklumat lanjut tentang smartphone awesome ini boleh dibaca di SINI
Selamat bergaya!!!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments