Sedang menanti detik kelahiran bayi sulungya, pelakon Elfira Loy dilihat semakin cantik dan berseri-seri. Terserlah sinar kebahagiaan di wajahnya.
Baru-baru ini Elfira ada memuat naik foto ketika dia dan suami menghadiri majlis akad nikah sahabatnya yang juga merupakan anak kepada pelakon terkenal Rosyam Nor.
Mengenakan sepasang jubah, rata-rata netien memuji gaya pemakaian Elfira kelihatan sangat sopan dan anggun berbanding dengan artis lain yang ada kalanya berpakaian ketat ketika hamil.
“Sedap mata memandang. Tak
macam artis lain, ketat sangat”
Memang berseri betul Elfira, citarasanya dalam berpakaian juga sangat sesuai dengan dirinya. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Elfira, semoga proses kelahiran nanti dipermudahkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments