#Hiburan: Muat Naik Foto ‘Baby Bump’, Fasha Sandha Hamil Lagi?

Sebelum ini pelakon Fasha Sandha pernah mengumumkan dirinya hamil selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga bersama Aidil Aziz. Namun, dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya hampir enam mingggu.

fasha sandha baby bump

Terbaru, perkongsian Fasha menerusi akaun Instagramnya mendapat perhatian ramai. Fasha memuat naik foto bahagian perutnya seolah-olah sedang berbadan dua, menampakkan ‘baby bump’.

Walaupun Fasha masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan, rakan artis dan netizen mula merasa teruja. Mereka mengucapkan tahniah kepada Fasha dan mendoakan agar dia diberikan kesihatan yang baik.

fasha sandha hamil lagifasha sandha hamilfasha sandhaSama-sama kita nantikan pengesahan daripada empunya badan. Buat masa ini, kita doakanlah agar Fasha diberikan rezeki untuk hamil lagi. Siapa tahu, mungkin ada khabar gembira nanti.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments