Kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) mendapat sambutan yang memberangsangkan dan memberikan kesan yang positif terhadap peniaga Islam. Namun, tidak semua yang memahami apakah tujuan disebalik kempen mengutamakan produk Muslim ini.
Terbaru, pelawak Harith Iskander seakan cuba bermain dengan api, memuat naik ‘tweet’ berbaur sindiran terhadap mereka yang menyokong kempen BMF.
Lebih mengundang kemarahan netizen apabila Harith tiba-tiba mahu mengaitkan isu sukan meminta penyokong BMF tidak menonton program bola sepak kerana ia juga bukan produk Muslim.
Kenapa sokong BMF sahaja? Henti
tonton semua sukan
‘First’ bukan ‘only’, faham tak? Tak
kelakar
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Harith kurang bijak. Jelas netizen, kempen BMF bertujuan menggalakan pembelian produk keluaran Muslim dan bukannya bermaksud memboikot produk bukan Muslim.
No komen – Harith Iskander
Meskipun dikecam, Harith bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan kontroversinya itu.
Kalau nak cakap mengenai ‘tweet’ saya tu, my official comment is no comment . Ramai dah hubungi saya. Thanks anyway.
Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan lawak ataupun ‘sarcastic’. Fahamkan dahulu maksud disebalik sesuatu perkara sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Jangan bangkitkan kemarahan ramai apatah lagi menyentuh isu yang sensitif.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments