Nama Neelofa memang sentiasa menjadi sebutan orang penting dalam dunia fesyen. Bahkan, setiap kali ada pertunjukan fesyen mewah di luar negara, Neelofa pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirkan diri.
Pun begitu, rakyat Malaysia sentiasa tertanya-tanya dengan konsep pemakaian yang cuba disampaikan oleh wanita itu. Kadang-kadang ia terlampau pelik sampai tak tercapai akal rakyat Malaysia.
Akhirnya, Neelofa berjaya meraih pujian daripada pengkritik hebat iaitu netizen Malaysia baru-baru ini. Busana yang dikenakan oleh wanita itu sepanjang di New York Fashion Week mendapat komen positif daripada netizen. Mereka menyukainya kerana saiz pakaian yang dikenakan itu bersesuaian dengan dirinya yang mempunyai ketinggian orang Asia.
Bukan itu sahaja, Neelofa turut memenangi anugerah Paling Hollywood selepas dia menyarungkan pakaian yang direka sendiri oleh pereka tersohor iaitu Michael Kors. Jaket yang bermotifkan harimau bintang itu nampak menawan apabila digandingkan dengan tema warna hitam.
Bukan itu sahaja, wanita itu telah distailkan sendiri oleh pereka Tommy Hilfiger mengikut daya kreatifnya.
Benarlah fesyen yang cantik itu harus diukur mengikut pakaian model itu sendiri. Kena ada tangan mahir yang tolong hiaskan baru dapat hasil yang memuaskan!
Sumber: Blog
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments