#Hiburan: Tiada Sebarang Isu Saya Ambil Anak Angkat Tanpa Agensi – Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, penyanyi Sufian Suhaimi berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa setelah mengambil anak angkat yang bernama Faeq Razeeq. Kini kehidupannya semakin bahagia dan ceria dengan kehadiran si comel.

sufian suhaimi

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak mempersoalkan mengapa Sufian tidak membabitkan mana-mana jabatan ataupun agensi berkaitan pengambilan anak angkatnya.

Jelas Sufian, isu tersebut seharusnya tidak timbul dan menjadi perdebatan kerana ia dilakukan menerusi permuafakatan bersama, dimana ibu bapa Faeq merupakan teman rapat Sufian.

sufian suhaimi baby faeq

Ramai yang tidak jelas mengenai perkara ini, hingga sesetengah pihak menjadikannya bahan perdebatan. Ibu bapa Faeq adalah kawan baik saya sejak dahulu lagi dan kami sama-sama berasal dari Mersing, Johor. Sampai sekarang, hubungan kami akrab.

Apabila kami berjumpa, Faeq pun ada sekali. Kami pula hampir setiap hari melepak bersama. Saya dapat rasakan, saya dan Faeq serasi, jadi saya meminta izin mahu menjadi ayah angkatnya.

sufian suhaimi baby faeq anak angkat

Saya mengambil Faeq sebagai anak angkat bagi mengisi rasa kekosongan dalam diri, selain ingin menjadi insan yang lebih baik.

Sufian akui kehadiran kanak-kanak itu dalam hidupnya membawa sinar baru dan kini dia juga cukup teruja mempelajari perkara berkaitan penjagaan anak.

sufian suhaimi anak angkatApa-apa pun, kami harap Sufian ataupun sekarang ini dikenali sebagai Ayah Yan terus bahagia disamping Faeq.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments