Mungkin terlalu teruja apabila artis pujaan berada di depan mata, tindakan seorang wanita mencium penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin menjadi bualan hangat di media sosial.
Viral sebuah video yang memaparkan MK dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar dengannya, namun salah seorang daripada mereka tiba-tiba mengambil kesempatan dengan mencium pipi MK. Boleh dilihat betapa MK kurang selesa dengan tindakan wanita tersebut dan turut membuat reaksi ataupun memek muka geli dan mengelap pipinya.
Rata-rata netizen merasa bengang dan mengecam tindakan wanita berkenaan yang tiada langsung sifat malu, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai salah satu gangguan seksual.
“Murahnya kamu perempuan”
“Gangguan seksual”
MK anggap bukan perkara serius,
peminat wanita sudah tampil minta
maaf
Bagaimanapun, MK menerusi satu kenyataan berkata, perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan lagi. Wanita itu juga sudah menghubunginya untuk memohon maaf atas apa yang berlaku.
Perkara ini bukan serius sangat pun, wanita itu sudah sedar dia buat silap dan minta maaf. Saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan.
Harapnya isu ini menjadi pengajaran untuk peminat-peminat lain di luar sana. Tolong jaga kelakuan ketika bertemu dengan artis pujaan anda. Jangan sampai timbul fitnah sehingga mencalarkan maruah anda.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments