Kegilaan K-Pop di Malaysia memang tidak dapat disangkal lagi sehingga tahun ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 (ABPBH 32), memperkenalkan kategori baru iaitu Artis Korea Popular.
Mempunyai jumlah ARMY yang ramai di Malaysia, seperti dijangka kumpulan BTS berjaya merangkul anugerah tersebut.
Namun, rata-rata netizen mempertikaikan, apa relevannya untuk mewujudkan kategori tersebut? Lebih menyedihkan apabila artis Korea itu sendiri tidak tahu mereka tercalon.
Anugerah untuk Kpop tidak relevan,
diorang tak tahu pun tercalon
Penganjur mengambil kesempatan
atas pengaruh Kpop, kaut keuntungan
Ramai yang berharap agar kategori tersebut tidak dipertandingkan lagi pada ABPBH yang akan datang. Biarlah anugerah berprestij ini fokus kepada pengiktirafan untuk artis tempatan sahaja.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments