Kata orang, bahagia itu untuk dirasa dan bukannya untuk dipamer di media sosial. Pasangan yang benar-benar bahagia tidak perlu menunjuk ataupun membuktikan mereka bahagia pada orang lain. Persepsi masyarakat kita, untuk apa hanya tayang bahagia di Instagram tetapi realiti sebenar menderita, tup-tup dengar pula cerita sudah bercerai. Lebih-lebih lagi kalau ada isu artis yang nampak bahagia tiba-tiba berpisah.
Memberikan pendapatnya mengenai isu tersebut, pelakon Ramona Zamzam berkata bukan semuanya begitu. Ada yang hanya ingin berkongsi momen istimewa mereka.
Saya sangat tidak gembira dengan kenyataan tersebut kerana ia tidak benar. Bagaimana pula sekiranya seseorang benar-benar gembira dan hanya kongsikan momen istimewa? Adakah anda mahu seseorang yang bahagia itu tunjukkan sisi sedih semata-mata kerana tanggapan tersebut? Kenapa mahu buat begitu kerana kami memang tiada masalah.
Saya faham dan tidak salahkan masyarakat kerana terlalu banyak kes melibatkan selebriti begitu. Bahagia di Instagran dan tiba-tiba bercerai. Namun, saya mahu semua tahu, bukan semua begitu. Saya sendiri cukup bahagia dengan perkahwinan dan dikurniakan suami yang cukup sempurna.
Masalah kecil memang biasa berlaku, namun tidaklah sehingga dipukul. Saya sangat menghargai setiap momen istimewa dengan keluarga dan sebab itu saya kongsikan di Instagram.
Ramona akui dia dan suami jahil dalam hal agama tetapi tidak pernah abaikan tanggungjawab dalam rumah tangga.
Sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang untuk berkongsi segalanya di media sosial dan pada kebiasaannya hanya untuk berkongsi kegembiraan bersama insan tersayang. Tidak adil sebenarnya untuk kita terus dengan persepsi bahawa sesiapa sahaja tayang bahagia sebenarnya dalam kesedihan dan akan bercerai, ya mungkin ada segelintir yang begitu tetapi apa salahnya untuk kita doakan yang baik-baik sahaja. Apa pula pendapat anda?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments