#Hiburan: Dr Che Hafiz Mengaku Sudah Ceraikan Lufya

Teka- teki mengenai pergolakan rumah tangga Lufya Omar akhirnya terjawab apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz mengesahkan sudah menceraikan isterinya itu minggu lalu.

Menurut Dr Che Hafiz, dia melafazkan talak menerusi WhatsApp selepas semua usaha dan perbincangan untuk menyelesaikan kemelut mereka tidak berjaya. Dia hanya memenuhi permintaan Lufya untuk berpisah.

Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga.

Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat.

Namun, Dr Che Hafiz enggan mendedahkan punca perceraiannya dan berharap kes mereka ini dapat diselesaikan dengan baik. Pada masa yang sama, dengan penjelasan ini, dia mengharap netizen tidak mencetuskan pelbagai spekulasi lagi.

Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga. Namun, saya mengharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi.

Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak. Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan.

Terdahulu, krisis rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai selepas Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Sumber Berita : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments