Sehingga hari ini, ramai yang masih tidak berpuas hati dan mempertikaikan kemenangan Haneesya Hanee sebagai Artis Baharu Wanita Popular di ABPBH 32. Apa agaknya pencapaian gadis berusia 19 tahun itu yang boleh dibanggakan sedangkan banyak lagi artis lain di luar sana yang lebih layak untuk menerima anugerah tersebut.
Pelbagai kecaman yang diterima oleh Haneesya termasuklah berkaitan isu warna kulit. Terbaru, menerusi akaun Twitter Haneesya memuat naik paparan komen serta foto seorang lelaki menggelarkannya sebagai ‘Haneesya Hitam‘.
Bagaimanapun, tindakannya itu sekali lagi mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen berpendapat Haneesya tidak sepatutnya terus melayan provokasi warganet sekiranya hendak kekal lama dalam industri. Janganlah terlalu hendak meraih perhatian.
Excuse Me? Tiada Bakat?
Tidak hanya berdiam diri, Haneesya tampil membalas komen netizen tersebut. Jika benar dia tidak mempunyai bakat, macam mana boleh berada dalam industri hiburan.
“Berlagaknya ‘reply’, tak nak terima
teguran”
“Bakat apa yang ada? Hanya publisiti murahan”
“Sejak menang anugerah, semakin angkuh”
Ada kalanya lebih baik untuk berdiam diri daripada layan segala provokasi dan kecaman. Biasalah netizen ini kalau dilayan memang akan menjadi-jadi, cuba untuk tidak cepat melatah. Janganlah sampai ramai orang mula rasa meluat disebabkan perbuatan dan kata-kata anda sendiri, harus sentiasa merendah diri.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments