Episod pergolakan rumah tangga penyanyi dan pelakon Lufya Omar bersama Dr Che Muhammad Hafiz belum lagi tamat dan bertambah panas. Terbaru, Lufya seakan memberi bayangan pernah dipukul suami ketika sedang hamil.
Menerusi Instagram, Lufya berkongsi perbualan dengan seorang wanita yang turut mengalami nasib sama. Malah, wanita itu juga meminta Lufya menyimpan dan menyorok gambar bukti kecederaan daripada pengetahuan suaminya.
Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Lufya ketika menjawab persoalan netizen seperti mengiyakan bahawa dirinya pernah dipukul suami ketika hamil.
Terdahulu, krisis rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai selepas Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments