Sejak memenangi anugerah Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 32, nama Haneesya Hanee semakin hangat diperkatakan, melonjak naik.
Bagaimanapun, Haneesya masih lagi dikecam teruk sehingga ada pihak yang menuduhnya mencari publisiti murahan dengan menggunakan isu warna kulit. Malah, ada juga komen melampau menggelarkan gadis berusia 19 tahun itu dengan pelbagai gelaran menyentuh hal sensitif mengenai warna kulitnya.
Haneesya dah penat bercakap so now let my mother talk.
Yall can mess with me but not with this lady’s daughter.
So to @akustikajalanan n @JefriiMY you hv 2 weeks from now to do a public apology if not my mom is taking this to the court. pic.twitter.com/0TcrG7LStw— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) September 29, 2019
Tidak tahan teruk dikecam, Haneesya dan ibunya telah membuat laporan polis terhadap dua orang individu yang memberikan komen melampau merendah-rendahkan Haneeysa dengan membandingkan warna kulitnya dengan Hajarul Aswad.
Part 2. Sekian. pic.twitter.com/BeDY5nVXVg
— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) September 29, 2019
Menurut ibu Haneesya, dia memberikan tempoh dua minggu kepada individu-individu terbabit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka gagal membuat permohonan maaf itu dalam tempoh yang ditetapkan.
Tidak salah untuk memberikan pendapat ataupun komen di media sosial tetapi janganlah sehingga menyakiti hati orang lain serta menjatuhkan imej mereka. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments