Meskipun bukan bergelar selebriti, kontroversi rumah tangga Intan Saleh dan pemuzik Ude Wahid yang juga suami kepada pelakon Izreen Azminda menjadi perhatian ramai.
Kini kedua-duanya sudah meneruskan kehidupan masing-masing, tetapi sesungguhnya, banyak orang di luar sana yang mahu melihat hubungan Intan dan Ude kekal positif demi dua orang anak mereka, Arish Muqri dan Ariq Muqri yang masih kecil. Mengharapkan lelaki itu tetap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.
Bagaimanapun, muat naik terbaru Intan mengundang spekulasi. Intan seakan memberikan bayangan anak-anaknya itu sudah lama tidak bertemu dengan bapa mereka.
Anak-anak menjadi mangsa
Menerusi kapsyen yang ditulis, Intan akui tidak dapat tahan rasa sebak apabila anak sulungnya sering bertanyakan soal Ude, terlalu rindukan kasih sayang seorang bapa.
Mesti anak-anak terlalu rindukan bapa
mereka. Faham sangat perasaan Intan
Tidak dapat dipastikan apa masalah sebenar, tetapi walaupun sudah bercerai, anak-anak tetap amanah Allah SWT yang harus dijaga dengan sebaiknya. Berikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada mereka agar tidak rasa trauma serta kehilangan disebabkan perpisahan yang berlaku. Paling penting jangan abaikan tanggungjawab meskipun sudah mempunyai kehidupan baharu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments