#Hiburan: “Sebusuk-Busuk Pelakon Tu Sekurangnya Bukan Penunggang Agama..” – Michael Ang Kembali Bidas Netizen Mulut Puaka

Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang baru-baru ini menyatakan rasa tak puas hati apabila ada sesetengah orang yang sering mencari kesalahkan mereka yang berada dalam dunia hiburan.

Menurutnya di salah satu hantaran di Instagram, dirinya berang ketika netizen hanya berfikiran negatif sekiranya ada artis-artis yang mencari sumber rezeki di luar bidang seni seperti berniaga.

Advertisement

Bila pelakon tu tak berlakon, jual nasi ayam pun korang kutuk cakap tak laku dan macam-macam.

Cukup baik lah pelakon tersebut berniaga untuk menampung hidup dari meminta sedekah. Sebusuk-busuk pelakon tu at least tak macam penunggang agama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Kata Michael lagi, cara sesetengah anak seni mencari pendapatan lain itu tidak salah dan netizen tak patut menghakimi cara mereka dan menuduh artis tersebut tidak laku dan sebagainya.

Pada masa yang sama, pengarah berumur 47 tahun ini turut beranggapan bahawa perbuatan mereka yang meminta derma dari followers itu lagi keji dan memalukan dari mereka yang berniaga.

Faye
5 days ago

"Bukan Nak Raih Simpati" - Faye Kusairi Menangis Tak Dapat Penuhi Permintaan Nasi Ayam, Terlalu Ramai Pelanggan

The post “Sebusuk-Busuk Pelakon Tu Sekurangnya Bukan Penunggang Agama..” – Michael Ang Kembali Bidas Netizen Mulut Puaka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments