#Hiburan: “Saya Beri Jaminan Tidak Akan Berkompromi..” – Ketua Polis Perak Pastikan Kes Zaharif Mendapat Kebenaran

Terkini, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkenaan kes maut Muhammad Zaharif Affendi, 17, sebelum kertas pendakwaan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan berikutnya.

Katanya di sidang media, pihak polis akan bertanggungjawab penuh dan tiada kompromi atau melindungi mana-mana pihak dalam kes berkenaan. Dia juga akan memastikan siasatan dilakukan secara terperinci bagi keadilan semua pihak.

Advertisement

Saya sebagai Ketua Polis negeri beri jaminan tidak berkompromi, kita akan pastikan kes ini mendapat kebenaran mengikut undang-undang.

Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada pihak pendakwaan.

polisSumber : Polis Perak Facebook  
@beautifulnara 🤲 #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #remaja #maut #smkjatimeru #pegawaikananpolis #ketuapolisperak ♬ original sound – Beautifulnara.com

Pada masa yang sama, Ketua Polis negeri ini turut berkata bahawa pihaknya akan mendapatkan rakaman CCTV dan juga video papan pemuka (dashcam) bagi membantu sisatan.

Dirinya juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan apa-apa kenyataan semasa siasatan masih berlanjutan agar tidak menggangu kerja pihak polis.

Untuk info, pegawai kanan polis yang merupakan suspek telah direman selama tiga hari bermula Sabtu sehingga Isnin esok bagi memudahkan siasatan.

polis
2 hours ago

"Pelaku Di Tempat Kejadian Tak Ada Menawarkan Pertolongan.." - Kakak Zaharif Kecewa Pelaku Beredar Tanpa Belas Kasihan

The post “Saya Beri Jaminan Tidak Akan Berkompromi..” – Ketua Polis Perak Pastikan Kes Zaharif Mendapat Kebenaran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments