#Hiburan: (VIDEO) Syafiqa Melvin Bernikah Kali Kedua, Netizen Sebak Tengok Anak-Anak Bawa Cincin Dan Dulang

Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Azhar Othman.

Pasangan itu diraikan dengan penuh meriah dan kelihatan sepadan apabila memakai busana sedondon berwarna putih pada majlis perkahwinan itu.

Advertisement

Namun, apa yang paling menyentuh hati dan istimewa, kedua-dua anak Syafiqa, Zayyan Sufi dan Zahara Sumayya turut terlibat secara langsung apabila kedua-duanya berjalan ke pelamin untuk memberikan cincin sempena upacara menyarung cincin oleh pengantin lelaki.

Rata-rata warga maya sebak melihat momen tersebut selain mendoakan agar perkahwinan Syafiqa dan Azhar diberkati sehingga ke syurga.

Sekadar info, Syafiqa pernah bernikah dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012. Namun Zainal disahkan meninggal dunia pada 2018 akibat kanser darah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anak artis
1 day ago

"Peminat Tengok Dia Lembut, Baik, Tapi Kat Rumah Kaki Pukul" - Anak Personaliti TV

The post (VIDEO) Syafiqa Melvin Bernikah Kali Kedua, Netizen Sebak Tengok Anak-Anak Bawa Cincin Dan Dulang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments