#Hiburan: “Nak Tengok Saya Bun*h Depan Orang Sekarang Pun Boleh” – Anggota Tentera Naik Hantu, Acu Pisau Pada Isteri Depan Jiran Tetangga

Tular rakaman mempamerkan seorang anggota tentera memukul isterinya di depan rumah mereka di sebuah flat terletak di Sungai Udang, Melaka.

Bukan itu sahaja, anggota tersebut turut mengugut untuk membunuh isterinya malah menerusi rakaman itu boleh dilihat dia mengacu pisau kepada isterinya.

Advertisement

Wanita berkenaan pula boleh didengari berkali-kali merayu kepada suaminya berkata dia tidak mahu dipukul dan disakiti olehnya.

Meskipun jiran tetangga datang untuk meleraikan pasangan itu, anggota terbabit bagaikan sudah naik hantu dan tidak peduli serta mengugut untuk membunuh wanita tersebut di depan mereka.

Sementara itu, polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan susulan tular video tersebut dan mendapati kejadian itu berlaku pada 15 Disember lalu.

Kata Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, polis turut menerima laporan daripada seorang wanita berusia 38 tahun kerana dipukul suaminya seorang anggota tentera.

Siasatan juga mendapati suami mangsa yang berusia 25 tahun bekerja di sebuah kem di Sungai Udang. Setakat ini, polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, berdasarkan laporan dibuat oleh mangsa siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nabila huda
3 weeks ago

"Apa Salah Aku? Pernah Sakitkan Hati Sesiapa Ke?" - Nabila Huda Risau Ada Ugutan Culik Anak Perempuan Daripada Individu Misteri

The post “Nak Tengok Saya Bun*h Depan Orang Sekarang Pun Boleh” – Anggota Tentera Naik Hantu, Acu Pisau Pada Isteri Depan Jiran Tetangga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments