#Hiburan: “Ada Lelaki Terbaring Dah Kembung Macam Belon” – Gempar Mayat Dijumpai Dalam Kereta Di ‘Car Boot Sale’ Damansara

Car boot sale yang berlangsung di Kota Damansara semalam digemparkan dengan penemuan mayat di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Satu rakaman diambil oleh orang awam ketika kejadian tular di media sosial dan menurut laporan, peniaga dan pengunjung terhidu bau tidak menyenangkan namun pada awalnya menyangka ia datang daripada bangkai haiwan.

Advertisement

Kata saksi kejadian, seorang individu kemudian ternampak jasad lelaki di dalam Perodua Bezza tersebut berserta salinan kad pengenalan yang ditinggal di bahagian hadapan kereta.

Ada orang nampak ada lelaki dalam kereta terbaring dah kembung macam belon.

Tambah seorang pengunjung, kerana cuaca hujan pada awal pagi ramai tidak perasan dengan bau tersebut namun menjelang 11 pagi barulah mereka terhidu sebelum ada yang menghampiri Perodua Bezza tersebut.

Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia tiga ke empat hari yang lepas dan turut ditemui bersamanya adalah nota yang ditinggalkan mangsa meminta orang menghubungi ahli keluarganya.

Tolong hubungi abang atau kakak saya.

nota

The post “Ada Lelaki Terbaring Dah Kembung Macam Belon” – Gempar Mayat Dijumpai Dalam Kereta Di ‘Car Boot Sale’ Damansara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments