Ibu kanak-kanak autistik yang ditemui meninggal dunia, Zayn Rayyan Abdul Matiin memuat naik satu hantaran di Instagram dan ia pasti meruntun hati ramai yang membacanya.
Kata Ismanira Abdul Manaf, 28, perasaannya masih tidak stabil kerana kehilangan anak lelakinya berusia 6 tahun itu dan ia merupakan ujian paling berat pernah dilaluinya.
Ismanira turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dan berharap semua terus berdoa agar dirinya diberikan kekuatan selepas pemergian Zayn Rayyan.
Jumpa lagi ya abang, tunggu Mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung Mommy sampai bila-bila, tiada ganti. Maafkan Mommy kalau banyak kekurangan sepanjang Mommy membesarkan abang.
Terdahulu, kehilangan Zayn Rayyan tular di media sosial dan pada 6 Disember kanak-kanak itu ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah mereka, jam 10 malam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa selain kesan ‘defensive wound’ dipercayai ketika bergelut dengan suspek.
The post “Mommy Rindu Sangat Nak Peluk Cium Abang….” – Luahan Hati Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments