#Hiburan: Pakai Baju ‘Couple’ Dragon Ball Di Instagram, Hati Penyanyi Ariel Noah Dah Dimiliki?

Penyanyi Ariel Noah baru-baru ini mencuri tumpuan warga maya gara-gara dia ada memuat naik foto memaparkan dirinya bergambar dengan seorang wanita berpakaian sedondon.

Dalam foto tersebut, Ariel dan wanita itu membelakangi kamera dan memakai baju karakter anime ‘Dragon Ball’ yang memaparkan karakter Trunks dan Gotem.

Advertisement

Foto itu turut ditulis dengan kapsyen ‘Fusion’ #dragonball.

Gara-gara foto tersebut, ramai peminat terutamanya kaum wanita membanjiri ruangan komen dengan ucapan patah hati dan ramai juga yang tertanya-tanya siapakah gadis ‘istimewa’ itu.

Setelah diselidiki, wanita itu rupa-rupanya anak perempuan Noah iaitu Alleia Anata.

Sekadar info, Ariel yang dahulunya vokalis kumpulan Peter Pan sebelum bergerak solo pernah bernikah dengan Sarah Amalia namun berpisah pada tahun 2008 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Alleia Anata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Damian
14 hours ago

"Tak Sabar Nak Bersetubuh" - Papar Foto Solat Jenazah Dan Akad Nikah Serentak, Kenyataan Damian VE Dikecam

The post Pakai Baju ‘Couple’ Dragon Ball Di Instagram, Hati Penyanyi Ariel Noah Dah Dimiliki? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments