#Hiburan: “Ramai Tertipu Dengan Luaran! Carilah Yang Lebih Baik” – ‘Posting’ Isteri Abang Viva Luah Rasa Kecewa Undang Perhatian

Hantaran yang di muat naik oleh isteri Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar baru-baru ini telah mengundang perhatian warganet.

Melalui hantaran berkenaan, wanita itu seolah-olah meluahkan rasa kecewa dan menyatakan isu pengorbanan yang dibuat olehnya selama ini.

Advertisement

Tidak menyebut nama, isteri Abang Viva iaitu Evanoza berkata dia sentiasa berada disisi individu itu hingga terpaksa membiarkan anak mengambil lesen seorang diri dan gagal.

abang viva

Bahkan, Evanoza juga meminta individu berkenaan untuk mencari yang lebih baik daripada dirinya kerana menganggap diri belum cukup baik.

Tidak lama selepas itu, Abang Viva turut memuat naik satu hantaran di TikToknya seolah-olah membalas posting isteri.

abang viva

Difahamkan dari hantaran tersebut, Abang Viva mendakwa orang ramai telah tertipu dengan luaran yang dipamerkan di media sosial.

Bagaimanapun, sukarelawan banjir ini memadam hantaran itu tidak lama selepas memuat naiknya.

Isteri abang viva
5 months ago

“Eva Tak Tahu Kenapa Sampai Hari Ni Orang..” - Khabar Angin Dah Berpisah Tular, Isteri Abang Viva Tampil Bersuara

The post “Ramai Tertipu Dengan Luaran! Carilah Yang Lebih Baik” – ‘Posting’ Isteri Abang Viva Luah Rasa Kecewa Undang Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments