Baru-baru ini tular tentang seorang usahawan yang menciplak perniagaan Sambal Nyet milik pempengaruh terkenal Khairul Aming dan ia sudah pun membabitkan tindakan undang-undang.
Kali ini, tular pula tentang jenama beg terkenal tempatan, Christy Ng yang menciplak design beg tangan jenama antarabangsa.
Christy Ng menjadi bualan di Twitter kerana menciplak beg jenama GENTLEWOMAN dan ia boleh dikatakan hampir 100% sama malah warna juga sama.
Copyright. Brand ni copy exactly design brand besar besar cuma tukar nama je la. pic.twitter.com/mJv2m1BqWt
— Bbie. (@twtbiy) December 28, 2023
GENTLEWOMAN merupakan jenama beg tangan yang sedang meningkat naik berasal dari Thailand dan ramai warga tempatan sudah mula menggayakannya.
Bagaikan tidak serik dengan kritikan sebelum ini, Christy Ng melancarkan koleksi terbaru, iaitu design beg tangan yang turut diciplak.
Seorang individu berkata,
Mereka problematic juga kerana suka ciplak karya orang lain. Tiru Goyard pun ada.
Sesetengah individu mengakui sudah lama memboikot daripada membeli daripada Christy Ng kerana didakwa tiada identiti, kreativiti dan sering menciplak hasil karya lain terutamanya jenama antarabangsa.
The post “Macam Tak Tahu Malu Tiru Idea Brand Lain, Banyak Kali Buat” – Christy Ng Dikritik Tidak Serik, Kali Ini Ciplak Jenama Thailand first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments