#Hiburan: Jenama Baju Kurung Tempatan Bayu Somerset Rasmi Kedai Fizikal Terbesar Di Sunway Putra Mall

Bayu Somerset, jenama baju kurung tempatan terkenal melancarkan kedai terbesar mereka di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. 

Pembukaan kedai ini juga secara rasmi telah melancarkan ‘merchandise’ keluaran Bayu Somerset. Pembukaan kedai yang terbesar ini turut membawakan reka bentuk terkini daripada koleksi pakaian tradisional dan kasual.

Advertisement

Sunway Putra Mall Jadi ‘Flagship Store’ Bayu Somerset

Bayu somerst (bn)

Pengasas Bayu Somerset yang juga pasangan suami isteri Emir Fauzi dan Diana Kamalul memulakan Bayu Somerset pada 2021 sebagai sebuah kedai dalam talian yang mempamerkan pelbagai pakaian yang meraikan pakaian tradisional Malaysia.

Bayu somerst (bn)

Jenama ini telah melangkah jauh dan pembukaan kedai ini merupakan  kedai ke-5 Bayu Somerset di Lembah Klang

“Kami gembira dapat membuka kedai utama “flagship store” kami di Sunway Putra Mall, ia merupakan kedai yang terbesar dan pelanggan kami dapat membeli koleksi pakaian kesukaan mereka.

Kami mempunyai enam (6) bilik persalinan, jadi ia sesuai untuk pelanggan kami mencuba pelbagai koleksi baju yang telah dilancarkan,” kata Emir Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Somerset.

Tambahnya lagi, mereka ingin menjadi jenama yang inklusif dengan memperkenalkan lebih banyak saiz baju.

Memperkenalkan Bayu Somerset: Merchandise

Bayu somerst (bn)

Mempraktikkan amalan kitar semula, Diana Kamalul, Ketua Pegawai Kreatif berkata mereka menyedari rekaan fabrik adalah tarikan utama koleksi mereka. Lebihan fabrik itu kemudian ditransfomasikan menjadi getah rambut dan beg tangan kanak-kanak.

“Idea untuk mencipta produk itu datang kepada saya semasa sesi ‘photoshoot’, ketika cuba memadankan gaya rambut model. Jadi kami mencipta getah rambut tersebut dan kini koleksi ‘merchandise’ kami terdiri daripada buku nota, topeng tidur, beg tangan kanak-kanak, beg tote, pelekat dan banyak lagi.”- Diana Kamalul

Semua barangan ini boleh didapati di kedai dalam talian dan eksklusif di Sunway Putra Mall.

Bayu Somerset bakal perkenal koleksi pakaian lelaki 

Bayu somerst (bn)

Bayu Somerset

Dalam persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, Bayu Somerset akan mengeluarkan lebih banyak barangan, di mana beberapa koleksi kami mempunyai topi dan tudung (Hijab). 

Buat kali pertama juga jenama ini bakal memperkenalan koleksi pakaian lelaki dan kanak-kanak lelaki, bagi melengkapi keperluan seisi keluarga.

Maklumat lanjut mengenai Bayu Somerset anda boleh layari https://www.bayusomerset.com/ atau kunjungan kedai mereka di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

The post Jenama Baju Kurung Tempatan Bayu Somerset Rasmi Kedai Fizikal Terbesar Di Sunway Putra Mall first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments