Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi baru sahaja sah bergelar suami kali kedua kepada wanita pilihan, Athira Yuhada hujung minggu lalu bertempat di sebuah majlis tertutup di Shah Alam, Selangor.
Ditemui media, Hafidz meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan jodoh dengan kekasih lama dan pernikahan mereka juga berjalan dengan lancar.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, saya rasa bersyukur ke hadrat Ilahi, hanya dengan sekali lafaz dan semuanya dipermudahkan segala urusan.
Dia juga mengucapkan rasa syukur kepada peminat setia yang menyokongnya meskipun dirinya pernah terlibat dengan kontroversi panas bersama bekas isteri, Shuhada.
Terima kasih kepada yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.
Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia. Satu kesilapan dia, semua kebaikan dia kita dah tak nampak.
Sebelum ini, rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Shuhada hanya retak menanti belah gara-gara kehadiran orang ketiga iaitu isteri pelakon itu kini, Athira.
@melodiberapi Pelakon Hafidz Roshdi memohon agar peminatnya mendokan kebahagian rumahtangga yang dibina ini. #meloditv3 #fyp??viral #hafidzroshdi #kahwin #athira #ceritaartismalaysia #suhada #sensasi #panas
Setelah ia tersebar di media sosial mengenai kelakuan curang aktor itu, Shuhada juga dilaporkan telah ditumbuk di wajah sehingga mengalami kecacatan kekal sebelum disahkan bercerai talak satu.
Hasil perkongsian hidup Shuhada dan Hafidz, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah,6, dan juga Umar yang kini berusia 3 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Setiap Manusia Buat Kesilapan, Jangan Kita Hukum Dia” – Hafidz Roshdi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments