#Hiburan: Teruk Dikecam Sebab Mabuk & Isu Tak Bayar Nafkah Anak, BCL ‘Back Up’ Tiko – “Biar Mereka ‘Judge’, Biar Mereka Gosip””

Selepas suaminya teruk dikecam gara-gara tular video mempamerkan dirinya mabuk ketika majlis after party baru-baru ini, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) tampil mempertahankan Tiko Aryawardhana.

Menerusi Instagram, BCL dilihat membuat ucapan sempena ulang tahun Tiko dan pesannya kepada sang suami, biarkan sahaja orang ramai berkata-kata seperti yang mereka mahukan namun ia tidak akan melunturkan semangatnya.

Advertisement

Biarkan mereka menilai awak, biarkan mereka salah faham dengan awak, biarkan mereka bergosip tentang awak. Pendapat mereka bukan menjadi masalah awak. Walau apa mereka kata dan buat pada awak, jangan biarkan itu merendahkan nilai dalam diri atau kebaikan yang ada pada awak.

tiko

Pelantun lagu Karena Ku Cinta Kau itu juga turut berharap agar suaminya terus kekal semangat untuk melakukan kebaikan dan bersinar seperti selalu.

Terdahulu, peminat meluahkan rasa risau dan sedih melihat BCL masih menjalani kehidupan sebegitu malah ada yang turut membandingkan Tiko dengan arwah Ashraf Sinclair.

BCL
5 days ago

(VIDEO) "Alhamdulillah Bukan Tanggungjawab Ashraf Lagi" - Tular Video BCL & Tiko Mabuk, Berpesta Sakan Diraikan Di Kelab Malam

The post Teruk Dikecam Sebab Mabuk & Isu Tak Bayar Nafkah Anak, BCL ‘Back Up’ Tiko – “Biar Mereka ‘Judge’, Biar Mereka Gosip”” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments