Semalam, usahawan dan pensohor media sosial, Aisyah Hijanah memaklumkan bahawa segala aset dan harta berkaitan perniagaannya sudah diserahkan kepada hak pemilikannya 100% atas persetujuan dia dan suami.
Terbaharu, Aliff Teega iaitu suami kepada Aisyah tampil memberi kenyataan bagi pihaknya berkenaan isu tersebut.
Tulis Aliff di Instagram, dia bersetuju untuk menyerahkan kesemua aset itu kepada Aisyah.
Alhamdulillah, haza min fadhli rabbi. Hari ini saya buat keputusan untuk memindahkan segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan saya dan Aisyah.
Saya pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100% buat Aisyah. Syarikat Hijanah, rumah, kereta dan lain-lain semuanya atas nama Aisyah.
Ujarnya lagi, dia akan berusaha sedaya upaya membantu isterinya itu dari belakang selain memaklumkan bahawa Aisyah telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang baik.
Perkongsian itu ternyata telah menuai pelbagai respon dari netizen yang rata-ratanya mengecam kembali tindakan Aliff itu.
Kata netizen, Aliff boleh membuka butik baru bersama isteri keduanya, Umaidah pula selepas ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Lepasni Buka Butik UMAIDAH Pula” – Aliff Teega ‘Update’ Isu Pemberian Aset Dan Bisnes Kepada Isteri, Komen Netizen Curi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments