#Hiburan: Suspek Kes Polis Langgar Pelajar Didakwa Atas Pertuduhan Membunuh, Hari Ini

Pegawai kanan polis yang disyaki melanggar seorang pelajar tingkatan lima akan dituduh di bawah Seksyen 302, di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwa suspek atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Perkara itu diputuskan selepas pihak mereka membuat penelitian terhadap hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan.

Jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek.

Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada 18 Disember 2023.

Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan.

Terdahulu, seorang pelajar tingkatan 5 yang menunggang motosikal telah dilanggar secara melulu oleh sebuah kereta yang dipandu seorang pegawai kanan polis di sebuah lokasi taman perumahan di Ipoh, Perak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

polis
16 hours ago

"Dia Menolak Badan Saya Berkali-Kali.." - Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

 

The post Suspek Kes Polis Langgar Pelajar Didakwa Atas Pertuduhan Membunuh, Hari Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments