#Hiburan: “Esok Dop Jadi Makan Aisar Khaleed Suroh Tangguh Dulu” – ‘Influencer’ Kantoi Lagi, Gagal Tunai Janji Nak Belanja Makan 500 Pengikut

Tular baru-baru ini mengenai satu status yang dimuat naik peniaga sebuah gerai makanan yang mendedahkan sikap ‘influencer’ yang tidak menunaikan janji setelah menawarkan makanan percuma kepada 500 pengikutnya di media sosial.

Difahamkan, pensohor media sosial Aisar Khaled sebelum ini pernah berjanji untuk memberi 500 orang pelanggan sarapan percuma berupa roti canai dan nasi lemak di sebuah restoran yang terletak di Terengganu.

Advertisement

Aisar khaled

Dalam video itu, Aisar dilihat membayar sejumlah wang kepada seorang individu yang dipercayai pemilik gerai berkenaan.

Pukul 9 pagi, saya akan berada di kedai ini. Kepada 500 orang saja, makanan termasuk roti canai, nasi lemak. Mana-mana orang Terengganu, 500 orang yang terawal sahaja. Ini setahun sekali je saya buat.

Tular pula selepas itu mengenai satu perkongsian Whatsapp yang mendakwa Aisar meminta untuk menangguhkan niatnya itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.

Mintak maaf belake esok dop jadi makan Aisar Khaleed suroh tanggu dulu, sebab yee ade hal sikit.

Tangkap layar status itu kemudiannya dimuat naik kembali ke aplikasi X dan menerima pelbagai respon yang rata-ratanya berbaur kecaman daripada netizen.

Sebelum ini, Aisar pernah dikritik gara-gara kandungan media sosialnya hanya bersifat meraih populariti semata-mata selain dakwaan sumber pendapatan yang dimilikinya itu berasal daripada Forex yang haram hukumnya di sisi Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 days ago

"Boleh Bagi 'Award', 'Influencer' Paling 'Kencing'" - Dah Banyak Kali Kantoi, Individu Dedah Modus Operandi Aisar Khaled Tipu 'Followers'

The post “Esok Dop Jadi Makan Aisar Khaleed Suroh Tangguh Dulu” – ‘Influencer’ Kantoi Lagi, Gagal Tunai Janji Nak Belanja Makan 500 Pengikut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments