#Hiburan: (TERKINI) Tahniah! Athira Yuhada Sah Menjadi Isteri Hafidz Roshdi

Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi akhirnya menamatkan teka teki mengenai spekulasi yang mengatakan dia akan berkahwin dengan wanita bernama Athira Yuhada.

Menerusi Instagram officialHlive, pelakon itu difahamkan selamat bergelar suami kepada wanita itu pada hari ini.

Advertisement

Kedua-duanya kelihatan cantik dan segak memakai busana putih di atas pelamin.

Juga kelihatan sedutan momen akad nikah Hafidz Roshdi di majlis.

Sebelum ini, muncul dakwaan yang mengatakan Hafidz dan Athira bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Disember 2023.

Hafidz juga memberi respon di mana dia ada mengucapkan terima kasih dan meminta peminat untuk menunggu sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

Terdahulu, Hafidz dan bekas isteri, Shuhada mencuri tumpuan warga maya gara-gara isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka iaitu Athira Yuhada.

Hafidz dan Shuhada kemudiannya bercerai talak satu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

athira yuhada hafidz roshdi
3 days ago

"Kahwin Ada Pulak Duit, Nafkah Anak Buat-Buat Lupa" - Dakwaan Bakal Nikah, Netizen 'Cuit' Hafidz Roshdi Dan Athira Yuhada

The post (TERKINI) Tahniah! Athira Yuhada Sah Menjadi Isteri Hafidz Roshdi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments