#Hiburan: “Takkanlah Saya Nak Letak Kepala Di Bahu Bukan Mahram” – Puteri Sarah Buka Mulut Isu Kontroversi Menangis Bersama Andi Arsyil

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana tampil mempertahankan diri setelah dirinya dikecam kerana satu video memaparkan dia sedang menangis di sisi pelakon Indonesia, Andi Arsyil di TikTok.

Ditemui media, Puteri Sarah berkata dia masih waras dan tahu menjaga batas lebih-lebih lagi melibatkan lelaki bukan mahram.

Advertisement

Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka.

Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika live.

Ujarnya, dia hanya berpaling kepada Andi dan tidak meletakkan kepala di bahunya.

Berikutan itu, ramai yang meninggalkan komen berbaur jahat ketika siaran langsung bersama pelakon Indonesia itu.

@hannankhaira_

#???????? #??_story? #andiarsyil #puterisarahliyana #2024 #fyppppppppppppppppppppppp #lover #??_story?

? Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Sebelum ini, Sarah dilihat tidak dapat menahan air mata gara-gara ada yang memanggilnya dengan gelaran janda namun dipujuk Andi yang berada bersamanya pada ketika itu.

Apabila saya bercerita dia selalu nasihatkan saya supaya jangan ambil peduli dan tidak menyimpan dendam dengan mereka. Malah dia selalu minta saya memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati saya lebih tenang dan positif.

Kata Andi, Puteri Sarah perlu memaafkan mereka yang menghinanya selain tidak perlu murung dan tertekan dengan fitnah orang luar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

psl
4 days ago

"Awak Maafkan Mereka Dulu.." - Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi, Tak Tahan Sebak Apabila Diminta Memaafkan

The post “Takkanlah Saya Nak Letak Kepala Di Bahu Bukan Mahram” – Puteri Sarah Buka Mulut Isu Kontroversi Menangis Bersama Andi Arsyil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments