#Hiburan: “Banyak Spekulasi Netizen Serba Tahu Ni Buat..” – Syura Badron Berang Ibu Zayn Rayyan Dituduh Cuai Oleh Netizen

Terkini, rakyat Malaysia sedang sebak apabila menerima berita pilu tentang kes kematian kanak autistik yang baru berumur 8 tahun dikenali sebagai Zayn Rayyan itu. Difahamkan mayatnya ditemui berhampiran anak sungai di Damansara Damai pada Selasa.

Ekoran berita tersebut, muncul pelbagai spekulasi tentang ibu kepada mangsa yang dituduh cuai dan gagal menjaga anaknya. Tidak senang hati melihat perkara tersebut, penyanyi Syura Badron tampil meluahkan rasa kecewa di Instagram story yang disertakan sekali hantaran artikel berkenaan kes tersebut.

Advertisement

Banyak sangat spekulasi yang netizen serba tahu ni buat. Apa masalah korang ni?

Cuba doa yang baik-baik dari buat spekulasi yang korang sendiri tak tahu apa akibat dari spekulasi korang tu.

zaynSumber : Instagram  

Dalam kenyataan yang sama, dirinya yang juga merupakan seorang ibu meminta agar warganet mendoakan yang elok-elok untuk mangsa dan keluarganya yang sedang berduka kerana kehilangan mangsa daripada terus menunding jari kepada ibunya tanpa diselidik terlebih dahulu.

Sekadar info, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar telah memaklumkan bahawa kematian Zayn itu sebagai kes bunuh apabila pakar forensik menemui kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zayn bunuh
1 day ago

Kes Kematian Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Diklasifikasikan Kes Bunuh - KP Selangor

The post “Banyak Spekulasi Netizen Serba Tahu Ni Buat..” – Syura Badron Berang Ibu Zayn Rayyan Dituduh Cuai Oleh Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments