#Hiburan: Wartawan Hiburan Meninggal Dunia Di London Selepas Percutian Dengan Keluarga – “Hajat Terakhir Arwah Nak Gembirakan Anak Bawa Bercuti”

Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin dilaporkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross, London, United Kingdom (UK) semalam pada jam 11.30 malam waktu Malaysia.

Menurut adiknya, Siti Nor Hazlinda memaklumkan bahawa pendarahan otak yang berpunca daripada sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan telah mengakibatkan arwah kakaknya rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, semalam.

Advertisement

Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam sebelum arwah dan suami serta dua anak mereka berlepas pulang ke Malaysia selepas percutian mereka.

fiza kamarudin

Malah, difahamkan percutian ke London itu adalah hajat terakhir arwah untuk meraikan kedua-dua anaknya, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

Sebelum ini, kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum berangkat. Tetapi kakak beritahu dia sudah janji hendak bawa anak-anak bercuti. Kakak hendak menggembirakan mereka.

Dalam pada itu, Siti Nor Hazlinda berkata suami arwah kini sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana untuk membawa pulang jenazah.

Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberi sumbangan kepada keluarga arwah.

fiza kamarudin

Semalam, wartawan berusia 40 tahun itu kritikal selepas tidak sedarkan diri di lapangan terbang dan dibawa ke hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia.

Arwah berusia 40 tahun dan merupakan wartawan di di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarganya ke London.

annie kanser payudara
5 months ago

"Ibu Meninggal Kerana Kanser Payudara, Saya Juga Disahkan Hidap Penyakit Sama" - Kisah Wanita Ini 'Buka Mata' Orang Ramai

The post Wartawan Hiburan Meninggal Dunia Di London Selepas Percutian Dengan Keluarga – “Hajat Terakhir Arwah Nak Gembirakan Anak Bawa Bercuti” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments