Sering menjadi topik perbahasan netizen, usahawan dan pelawak Shuib menyangkal keras spekulasi mencuci duit, makan dan membuat kerja haram. Katanya, dia masih lagi tahu tentang halal dan haram dalam mencari rezeki.
Ketika ditemu bual sumber, pelawak ini mengakui selain dari menjadi usahawan, dirinya juga menjadi duta enam produk. Itu merupakan salah satu punca pencarian untuk dirinya di samping beberapa simpanan yang ada.
Mak saya pesan, jangan makan duit haram, buat kerja haram. InsyaAllah saya jaga. Saya nak bagi makan anak bini, takkan dari sumber bukan-bukan.
Kalau betul anda nak tahu, nak mengkaji tentang kewangan saya, datang jumpa saya depan-depan.
View this post on Instagram
Disebalik itu, Shuib juga tidak setuju dengan persepsi yang baru-baru ini muncul mengatakan orang berbangsa Melayu ini kebanyakkannya pemalas. Katanya, dia sendiri bekerja bertungkus lumus sejak pagi hinggalah ke malam. Begitu juga rakan-rakanya yang berbangsa Cina ataupun India.
Tambahnya lagi, hal ini semua berbalik kepada diri sendiri. Jika individu itu seorang yang rajin, maka rajinlah dan juga sebaliknya. Shuib turut menganggap bahawa satu tingkah laku itu tidak mencerminkan sesuatu bangsa.
The post “Saya Bagi Makan Anak Bini, Takkan Sumber Bukan-Bukan..” – Shuib Menyangkal Tuduhan Cuci Duit, Dedah Sumber Pendapatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments