Pelakon Izreen Azminda tampil menyangkal dakwaan yang mengatakan dia telah menganggu kehidupan Intan Liana Saleh sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Ude Wahid.
Tulis Izreen di Instagram, dia berasa berang dengan perbuatan Intan yang dianggap melampau dan keterlaluan selain merasakan bekas isteri suaminya itu ‘berhalusinasi’.
Katanya lagi, Intan tidak habis-habis meroyan dan sengaja mengundang komen buruk netizen dan telah memberi peluang kepada wanita itu untuk berbaik dan bermaafan namun ditolak.
Ujarnya lagi, dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri kerana patuh dengan arahan suami namun kali ini tidak lagi kerana mendakwa dirinya menerima kecaman dan provokasi bertubi-tubi.
Sekadar info, konflik rumah tangga antara kedua-dua figura ini masih berlarutan meskipun Intan dan Ude telah sah bercerai apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial berkenaan isu ‘move on’.
Intan yang bercerai dengan Ude pada tahun 2018 sempat bermadu dengan Izreen untuk seketika sebelum bernikah dengan suami, Mohd Aizam Yahya pada tahun 2021.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Dakwa Intan Liana ‘Berhalusinasi’, Izreen Azminda Sangkal Tuduhan Ganggu Rumah Tangga ‘Sebelah Sana’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments