#Hiburan: “Dah Tahap Bernafas Pun Orang Tak Suka” – Syada Amzah Sedar Diri Tak Disukai, Anggap Komen Sakit Hati Sebagai Satu Pujian

Penyanyi Syada Amzah berkata dia memilih untuk berlapang dada apabila video nyanyian lagu Kalam Eneih menjadi tular dan mengundang pelbagai respon negatif dalam kalangan netizen.

Kata adik kepada penyanyi tersohor Shila Amzah ini, ramai netizen menggunakan video tersebut sebagai tempat melempiaskan amarah gara-gara kemelut yang melanda keluarganya sebelum ini.

Advertisement

Saya rasa mungkin isu lama saya, mereka masih lagi terasa hati, jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu. Kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya.

Dia yang ditemui media pada hari Ahad lalu juga menghargai setiap komen dan berbangga dengan pencapaiannya sebagai seorang penyanyi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa. Kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya. Lagu tamil dan arab adalah lagu paling susah dinyanyikan. Mungkin netizen komen untuk sakitkan hari tapi bagi saya ia satu pujian.

Syada mengakui masih ramai yang tidak senang dengan dirinya sehingga setiap perbuatan yang dilakukan salah di mata netizen.

Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi sebenarnya saya orang yang mudah buat kawan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syada amzah
1 week ago

(VIDEO) "Boleh Diam Kot Syada, Biar Kakak Awak Je Nyanyi" - 'Cover' Lagu Arab, Nyanyian Syada Amzah Dikutuk Netizen

The post “Dah Tahap Bernafas Pun Orang Tak Suka” – Syada Amzah Sedar Diri Tak Disukai, Anggap Komen Sakit Hati Sebagai Satu Pujian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments