#Hiburan: “Kata-Kata Tu Buat Saya Jelas Tentang Tujuan Hidup..” – Aisyah Hijanah Kini Bersahabat Dengan Laudya Cynthia

Baru-baru ini pempengaruh Aisyah Hijanah telah berkongsi sebuah Instagram story yang telah berjaya menarik perhatian warganet ketika melihat dirinya sedang bersama pelakon Indonesia terkenal, Laudya Cynthia Bella.

Dalam hantaran tersebut, Aisyah mengucapkan rasa berterima kasih kepada nasihat yang diberikan oleh aktres tersebut kepadanya. Dia juga mendoakan agar Laudya sentiasa berada dalam kesejahteraan.

Advertisement

Syukran Kak Laudya Cynthia atas kata-kata yang penuh hikmah. Bersyukur dapat mengenalimu dan setiap kata-kata itu membuatkan Aisyah jelas tentang tujuan hidup.

aisyahSumber : Instagram  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Terdahulu, Aisyah juga sempat memuat naik sebuah lagi gambar yang dipercayai bersama Laudya. Katanya dalam story berkenaan, pelakon itu merupakan sosok sahabat yang sukar untuk dilupakan kerana sikap mulia yang sentiasa mengutamakan Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata ini sempat tular di media sosial apabila suaminya Alif Teega telah mengumumkan bahawa dirinya telahpun bernikah dengan isteri keduanya.

3 days ago

"Bila Nak 'Post' Bini Kedua.." - Alif Teega Tak Berani Kongsi Tentang Isteri Kedua, Netizen Masih Tertunggu

The post “Kata-Kata Tu Buat Saya Jelas Tentang Tujuan Hidup..” – Aisyah Hijanah Kini Bersahabat Dengan Laudya Cynthia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments