Tular beberapa hari lalu mengenai pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang dilihat menari di saat dirinya sedang sarat hamil 7 bulan.
Gara-gara video tersebut, Ayda menerima kritikan yang kebanyakannya risau mengenai keselamatan dan kesihatan bayi di dalam kandungan penyanyi lagu Pencuri Hati itu.
Maklum dengan respon peminat yang prihatin ke atas dirinya, Ayda berkata bahawa dia masih dalam keadaan terkawal dan menyedari segala risiko selain tidak akan melakukan sebarang aksi yang boleh membahayakan kandungan.
Semuanya okey dan berada dalam keadaan terkawal dan tidak tergamak hendak buat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa diri serta kandungan.
Namun disebabkan lagu itu berentak rancak ditambah pula dengan respon penonton yang sporting, saya pun terus menari bersama sehingga terlupa suami sentiasa menegur dan mengingatkan saya agar sentiasa berhati-hati.
Dalam pada itu, Ayda meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menzahirkan rasa risau terhadap dirinya semenjak video berkenaan tular di media sosial.
Apabila membaca komen saya terus rasa bersalah dan memikirkan semual bahawa tidak sepatutnya beraksi selincah itu.
Alhamdulillah saya dan bayi semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kebaikan saya dan anak dalam kandungan.
Terdahulu, Ayda dan suami, Nabil Mahir mengumumkan bahawa mereka akan menimang cahaya mata kedua tidak lama sahaja lagi.
Pasangan ini sebelum ini telah menerima anak pertama yang kini berusia 2 tahun pada 21 September 2021 setelah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang sama pada pautan di bawah.
The post “Saya Terlupa Kejap Pesan..” – Ayda Jebat Jawab Kritikan Menari Terkinja-Kinja Ketika Hamil 7 Bulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments