Menerusi perkongsian terbaru Abby Abadi berhubung dakwaan anaknya menjadi punca perceraian sepasang suami isteri, aktres itu memberi respon terhadap kenyataan pihak belah sana.
Kakak wanita yang teraniaya itu sebelum ini mendedahkan Marissa pernah bersumpah untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu namun memungkiri janjinya.
Tidak berdiam diri, Abby Abadi mengakui pernah berjumpa dengan keluarga pihak belah sana namun itu ketika mereka baru dimaklumkan tentang skandal tersebut.
Memang masa tu tak tahu cerita pun. Tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Tu malas bercakap, jadi geram dengan perangai manusia ni.
Aktres itu turut menafikan dakwaan bahawa anaknya telag bersumpah sambil menjunjung Al Quran seperti dikatakan pihak belah sana.
Ketika ini, hangat menjadi bualan di media sosial tentang pendedahan wanita yang mendakwa Marissa, anak Norman Hakim dan Abby Abadi menjadi ‘penyondol’ dan mengganggu rumah tangganya sehingga bercerai.
The post Pernah Berjumpa Keluarga Mangsa ‘Penyondol’, Abby Abadi Nafi Ada Mohon Maaf – “Siapa Bersumpah, Junjung Al Quran?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments