Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menter (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dikritik netizen selepas memaklumkan anak lelaki, Abdul Syakur terima biasiswa Majlis Agama Wilayah Persekutuan bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Jordan.
Daripada luahan netizen mengenai hal ini di platform Twitter (X), mereka merasakan Abdul Syakur tidak layak untuk menerima biasiswa ini kerana dia merupakan anak Bekas Menteri dan mampu dari segi kewangan jika mahu lanjutkan pelajaran di luar negara.
Sedar mengenai luahan tidak puas hati daripada netizen, Dr Zulkifli tidak mendiamkan diri dan perjelaskan secara lebih teliti mengenai biasiswa yang diterima oleh anaknya.
Sekadar info, anak Dr. Zulkifli iaitu Abdul Syakur meraih perhatian ramai susulan wajahnya yang kelihatan segak dan ada juga sesetengah netizen mencuba nasib mahu jadi menantu bekas Mufti itu.
The post “Anak Bekas Menteri Pun Dapat Biasiswa Tak Faham Aku” – Dr Zul Dikritik Anak Sambung Belajar Guna Biasiswa MAIWP first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments