#Hiburan: “Wow Dah Bertudung Balik?” – Haqiem Rusli Kongsi Video Anis Pakai Tudung, Doakan Isteri Sentiasa Kuat

Sebelum ini, keputusan isteri penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea untuk tidak lagi memakai tudung telah mendatangkan rasa kurang senang daripada kalangan netizen.

Sudah semestinya, Haqiem menjadi sasaran orang ramai untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kecaman, namun penyanyi itu mengambil tindakan mendiamkan diri dan enggan memberitahu alasan isteri tidak lagi bertudung.

Advertisement

Terbaru, melalui laman Instagramnya, penyanyi terbabit berkongsikan video isteri cantik memakai tudung berwarna biru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???????- ?????????? (@haqiemrusli98_)

Dapat dilihat di kapsyen video berkenaan, Haqiem mendoakan agar Anis sentiasa kuat hadapi cabaran dalam hidup dan menyatakan dirinya mencintai wanita itu.

komen

komen

Di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji kecantikan isteri Haqiem sopan memakai hijab.

Malah, mendoakan pasangan tersebut sentiasa bahagia bersama dan Haqiem akan kekal menjaga Anis hingga ke akhir hayatnya.

anis sofea dikecam
2 weeks ago

"Sebab Boleh Dik.." - 'Throwback' Gambar Dulu Bertudung & Kini Tidak Bertudung, Kapsyen Anis Sofea Undang Kecaman

The post “Wow Dah Bertudung Balik?” – Haqiem Rusli Kongsi Video Anis Pakai Tudung, Doakan Isteri Sentiasa Kuat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments