Sedia maklum, pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil difahamkan sudah pun rujuk semula pada 31 Ogos lalu.
Kata Diana, keputusan dia memilih semula untuk kembali bersama Farid adalah kerana tidak mahu anak-anak hilang kasih sayang seorang bapa.
Menurut pelakon itu, dia sudah merasa dibesar tanpa rasa kasih seorang ayah, jadinya Diana enggan anak-anak rasa hal yang sama.
View this post on Instagram
Jadi kalau ada peluang lagi untuk anak-anak saya dapat rasa kasih sayang dari Farid serta terlibat sama dengan aktiviti harian mereka saya rasa itu hadiah terbesar untuk diri saya.
Dalam pada itu, Diana turut berkata bahawa dia juga akan rasa bahagia seandainya Farid membahagiakan anak-anak mereka.
Sekadar info, pada bulan lalu, Diana Danielle dan Farid Kamil disahkan sudah bercerai talak satu atas sebab sudah tidak serasi.
The post Sepanjang Hidup Tiada Kasih Sayang Seorang Bapa, Diana Danielle Enggan Anak-Anak Lalui Hal Sama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments