Pelakon dan juga personaliti media sosial, Memey Suhaiza baru-baru ini meluahkan rasa sedih apabila anak bongsu kesayangannya diuji dengan kesakitan sehingga dimasukkan ke hospital.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Memey ada berkongsi saat anak perempuannya, Mikayla Delisha Hakim menerima rawatan di hospital.
View this post on Instagram
Khabar dari anak manja mummy. Setelah beberapa hari bertahan akhirnya semalam ke sini juga Kayla untuk pastikan keadaan lagi baik.
Antara benda yang sangat merisaukan kita sebagai mak-mak..bila tengok anak tak sihat ni rasa sayu, berat hati.
Isteri kepada pelakon Norman Hakim ini juga memohon doa daripada orang ramai agar kesihatan Mikayla segera pulih dan baik seperti sedia kala.
Sekadar info, Memey dan Norman Hakim telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim,8 dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia 5 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Antara Benda Yang Buat Mak-Mak Risau” – Memey Suhaiza Luah Rasa Sedih Tengok Keadaan Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments