Seperti diketahu ramai, beberapa hari yang lalu, tular video seorang usahawan kosmetik sensasi memarahi serta memaki suaminya akibat tidak sengaja meremukkan keretanya.
Difahamkan, suaminya secara tidak sengaja menekan pedal mengundur sebelum merempuh tembok rumah dan hal yang membuatkan wanita itu berang kerana si suami tidak memohon maaf.
Video itu raih perhatian ramai susulan wanita terbabit seakan-akan tidak menghormati suami sendiri.
Seorang pendakwah dikenali ramai iaitu Ustaz Wadi Annuar turut mengulas isu terbabit oleh kerana video terbabit sudah pun tular di setiap platform.
Reda seorang isteri terletak pada tangan seorang suami seperti mana reda seorang anak pada tangan seorang ibu.
Kata Ustaz Wadi, seandainya wanita terbabit tidak sempat bertaubat ataupun tidak diampunkan oleh Allah SWT, maka nerakalah tempatnya nanti.
The post “Dia Rakam Masa Maki, Kalau Tak Sempat Taubat Neraka Tempatnya” – Ustaz Wadi Annuar Tegur Usahawan Kosmetik Maki Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments