#Hiburan: “Ira Kazar Is Shaking” – Muncul Dalam Sepahtu Reunion, Yusof Haslam Beri Amaran Jangan ‘Ngorat’ Puteri Sarah

Program lawak, Sepahtu Reunion yang berlangsung pada hari Jumaat lalu menjadi perhatian ramai setelah pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam muncul menjadi cameo di atas pentas.

Lagi membuatkan netizen berasa teruja kerana menantunya, Puteri Sarah ketika itu merupakan artis jemputan untuk episod Sepahtu Reunion kali ini.

Advertisement

Hal yang menjadi perhatian apabila Yusof Haslam memberitahu bahawa status menantunya itu adalah janda dan sejak berpisah dengan anak lelakinya, Syamsul Yusof, ramai yang cuba mendekati aktres terbabit.

Bahkan, potongan babak tersebut turut banyak dimuat naik di laman media sosial hingga membuatkan netizen berasa terhibur dengan tindakan pengarah terbabit menjaga Sarah.

Kau nampak ni (tongkat)? haa aku belangkong (pukul) karang! Kau tak layak jadi menantu aku. Jangan cuba.

Meninjau di ruangan komen video potongan babak terbabit, rata-rata terkejut melihat Yusof Haslam menjadi camoe dan dalam pada masa yang sama, ramai juga teruja melihat keakraban mereka berdua.

komen

komen

puteri sarah live
2 days ago

"Bakal Suami Dia Ke?" - Ditanya 'Mana Suami', Puteri Sarah Laju Tunjuk Jejaka Sebelahnya

The post “Ira Kazar Is Shaking” – Muncul Dalam Sepahtu Reunion, Yusof Haslam Beri Amaran Jangan ‘Ngorat’ Puteri Sarah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments