#Hiburan: “Saya Tak Pernah Ceraikan Dia, Baru Dapat Sijil Nikah” – Hilang Sejak Januari, Suami Dapat Tahu Isteri Kahwin Dengan Lelaki Lain

Seorang suami mendakwa telah ‘dimadukan’ oleh isterinya selepas mendapat tahu tentang perkahwinan kedua wanita itu di Terengganu, April lalu.

Menurut Rahaman Mohamed Jaafar, dia mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 32 tahun itu pada Januari 2019 dan mereka bernikah di Narathiwat, Thailand.

Advertisement
nikah

Kata lelaki berusia 47 tahun itu, perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lepas dan telah didaftarkan di pejabat agama.

Namun, sejak Januari tahun ini isterinya itu tiba-tiba menghilangkan diri selepas keluar dari rumah mereka dan pada April lalu dia mendapat tahu bahawa wanita itu telah berkahwin.

 

Isteri daftar kahwin dengan lelaki lain

Jelas Rahaman lagi, dia sendiri telah membuat semakan dan mendapati isterinya ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu.

Perkara itu agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikannya… kami masih suami isteri. Dia dipercayai guna surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya.

dimadukan isteri

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah membuat keputusan pada Ogos lalu dan memerintahkan agar wanita itu (defendan pertama) dan suaminya (defendan kedua) difaraqkan sementara.

Mereka berdua tidak dibenarkan untuk tinggal bersama-sama sebagai suami isteri sehinggalah kes berkenaan selesai dibicarakan.

 

Baru dapat sijil nikah, tapi ‘dimadukan’ pula

Tambah Rahaman, dia percaya bahawa pejabat agama membenarkan isterinya berkahwin dengan suami kedua itu kerana perkahwinan mereka di Thailand sedang dalam proses pengesahan di Malaysia.

Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya ‘dimadukan’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita kahwin 2 suami
2 months ago

"Enggan Berpisah Sebab Sayang Dua-Dua" - Wanita Miliki 2 Suami, Bergilir-Gilir Layan Siang Dan Malam

The post “Saya Tak Pernah Ceraikan Dia, Baru Dapat Sijil Nikah” – Hilang Sejak Januari, Suami Dapat Tahu Isteri Kahwin Dengan Lelaki Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments