Selepas saja membuat pengumuman mendakwa dirinya hamil, selebriti sensasi di Indonesia iaitu Lucinta Luna kini berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan suami tercinta, Alan buat sementara waktu.
Difahamkan, Alan terpaksa pulang ke Ukraine untuk menjalani latihan ketenteraan.
Menurut Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fattah, dia serta anak yang ada di dalam janinnya itu akan setia menunggu kepulang suami semula.
View this post on Instagram
Cepat pulang ya sayang.. Buah hati dalam janinku ini Baby Salmon menantimu bulan depan.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh Lucinta di Instagram, dirinya tidak dapat menahan sebak sewaktu menghantar suami di lapangan terbang.
Bahkan, Alan sempat berpesan kepada Lucinta untuk jaga kandungan dengan baik sebelum mengucup perut selebriti terbabit.
Sekadar info, pada 28 Julai yang lalu, Lucinta membuat pengumuman bahawa dia dan Alan sudah bertunang di Bali, Indonesia.
The post “Cepat Pulang, Buah Hati Dalam Janinku Menantimu” – Baru Umum Hamil, Lucinta Luna ‘Melalak’ Suami Balik Ukraine Masuk Tentera first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments