#Hiburan: “Assalam Abah, Saya Peminat Liverpool” – Dr Zulkifli Kongsi Kejayaan Anak Lelaki, Ramai ‘Offer’ jadi Menantu…

Baru-baru ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada berkongsi mengenai kejayaan anak lelakinya yang berangkat ke luar negara bagi tujuan menyambung pelajaran dalam bidang fiqh dan Usul Fiqh.

Difahamkan, anak lelaki Dr Zulkifli, Abdul Syakur telah berangkat ke Jordan setelah memperoleh 7A+ 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini.

Advertisement

Anakanda Abdul Syakur telah pun melangkah ke fasa baharu kehidupannya. Abah dan mak berbangga dengan kejayaanmu yang cemerlang dalam SPM (7A+ 1A) di Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP.

Semoga permusafiran ilmu ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, membuka 1001 ruang untuk anakanda melangkah lebih jauh ke hadapan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, ramai yang memuji dan mengucapkan tahniah kepada Syakur dan keluarga Dr Zulkifli di atas kejayaannya itu.

Namun dalam banyak-banyak ucapan tahniah, ada juga yang ‘menyelit’ mencuba nasib untuk menjadi menantu Dr Zulkifli dek kerana kekacakan Syakur.

Komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuhada Hafidz Janna
17 hours ago

"Kena Lagu Ni Dengan Dia.." - Janna Nick Muat Naik Video Menyanyi Dengan Hafidz Roshdi, Komen Shuhada Jadi Tumpuan

The post “Assalam Abah, Saya Peminat Liverpool” – Dr Zulkifli Kongsi Kejayaan Anak Lelaki, Ramai ‘Offer’ jadi Menantu… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments