Baru-baru ini, di laman TikTok, seorang penceramah bernama Ustaz Mokhtar Yaakob meluahkan rasa kurang senang dengan sikap masyarakat zaman sekarang yang menjadikan ibadah umrah sebagai trend.
Kata ustaz tersebut, ada saja yang teruja dapat menunaikan ibadah di Mekah tetapi sesudah sampai di tanah air, langsung tidak pergi ke masjid.
12 hari itu je ke berjemaah?
@propertyofulamak Tetamu Allah bukan hanya orang yang sampai ke mekah tapi juga yang dijemput ke cawangan rumah Allah yakni masjid #mekah #masjid #tetamuallah #kuliahustazmokhtar #ceramah #dakwah ? original sound – Property Of Ulamak Official
Bahkan, ustaz Mokhtar kesal apabila memberitahu ada sesetengah individu bercerita pada orang kampung tentang keseronokan solat di Mekah tetapi sunyi sepi setelah tiba di tanah air.
Dalam pada itu, ustaz itu menceritakan kisah yang pernah berlaku kepada seorang mutawwif, di mana ada jemaah yang bersemangat bangun seawal 3 pagi mengejutkan mutawwif untuk pergi ke masjid.
Tetapi, bila dah naik kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak, ada antara kata nak qada solat. Baru naik kapal terbang, belum sampai ke kampung lagi.
Ustaz Mokhtar berkata ini membuktikan bahawa biarpun sudah menjejakkan kaki ke Mekah, masih ramai yang belum dapat hidayah Allah SWT.
The post “12 Hari Tu Je Ke Berjemaah?” – Pendakwah Kesal Ibadah Umrah Jadi ‘Trend’, Masjid Di Rumah Tak Pergi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments