#Hiburan: Pensohor Media Sosial Dipenjara 2 Tahun Kes Makan Hidangan B*bi Dimulakan Dengan Bismillah

Pensohor media sosial terkenal Indonesia, Lina Mukherjee dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun oleh mahkamah negara itu setelah dia memuat naik video mempersendakan agama Islam sebelum ini.

Wanita berusia 33 tahun itu telah didapati bersalah kerana memuat naik video yang mencetuskan kebencian dan menghina agama Islam.

Advertisement

Difahamkan, hukuman itu dikenakan buat Lina kerana tular video memaparkan dia membaca ‘Bismillah’ sebelum menjamah hidangan babi yang telah meraih perhatian ramai warga maya di media sosial.

Selain dikenakan penjara selama 2 tahun, dia juga diperuntukkan membayar denda sebanyak 250 juta rupiah (RM76,436.40) dan sekiranya gagal membuat sebarang bayaran, hukuman penjara bakal dilanjutkan lagi tiga bulan.

Lina yang merupakan seorang muslim telah menerima kecaman gara-gara video tersebut sehingga mendapat perhatian badan ulama tertinggi Indonesia yang turut menyifatkan perbuatannya itu sebagai menghina agama.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Urban Orchard KL
3 hours ago

"Mentaliti Tak Boleh Tengok Benda Elok" - Uncle Kebun Urban Di TTDI Meraung Orang Menjala Ikan & Bunuh Haiwan, Netizen Jadi Sebak

The post Pensohor Media Sosial Dipenjara 2 Tahun Kes Makan Hidangan B*bi Dimulakan Dengan Bismillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments